CABUT GIGI DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN (KK)
Daftar di klinik pergigian tau! Bukan daftar di klinik kesihatan (jangan jadi macam saya).
Untuk pesakit luar (tiada temujanji), sila datang pada sesi pagi! Sebab sesi petang hanya untuk pesakit yg ada temujanji sahaja!
Lepas pukul 10 pagi, anda tidak dibenarkan untuk mendapat rawatan seperti tampalan atau cabut gigi, hanya pemeriksaan gigi sahaja boleh dilakukan untuk siapa yang berdaftar selepas pukul 10 pagi.
Kenapa? Sebab sesi pagi habis pukul 1 petang & bilangan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan hampir 100 orang! Saya datang pukul 9.15 dan dapat nombor giliran 71. Fuhh berapa lama nak kena tunggu, sebab tu la lepas pukul 10 pagi klinik dah tak terima pesakit yang nak buat rawatan gigi. Kalau buat rawatan gigi, kena daftar awal pagi, seawal pukul 8-10 pagi.
Maka, silalah bangkit seawal pagi ke klinik kesihatan untuk rawatan gigi.
Bayaran pendaftaran untuk warganegara, RM1. Mula-mula dia bagi nombor giliran. Pergi la cari tempat duduk dulu. Duduk kejap lepas tu bila nombor giliran naik kat atas tv tu, pergi la ke kaunter untuk sesi pendaftaran. Bagi kertas no giliran & IC. Lepas tu, bayar RM1. Nanti dia bagi kad & kertas no giliran semula. Atas kad tu ada sticker tulis nama, ic & no id. Untuk siapa yang cabut gigi, pegawai bertugas akan suruh ke sebelah kaunter untuk catit tekanan darah. Lepas tu, pergi la cari tempat duduk semula. Masa ni nak pergi tandas ke, kafe ke, nak merayap ke, pergi je lah sebab memang lama lagi no giliran nak naik. Tapi siapa yang datang seawal 8 pagi tu, jangan lah pergi mana-mana sebab sah-sah la no giliran awak tu kejap lagi dah kena panggil.
Untuk hilang rasa bosan menunggu, boleh la bawa buku, novel atau komik. Macam nad dapat lah baca 97 muka surat.
Bila no giliran dah naik kat tv, terus pergi bilik no yang diberi. Macam nad dapat bilik no 19. Bila masuk, ada kotak kecik kat belakang pintu (lain kk, lain style mungkin) nurse suruh letak beg kat dalam kotak tu. Nad jarang datang kk, jadi memang nampak la ketara blur tu sampai nurse tegur pertama kali ke.
Bila doktor dah check gigi yang mana nak dicabut tu, doktor akan bagi ubat bius. Rasa macam dua kali kena cucuk, rasanya lah. Entah lah, cuak sangat sampai tadah je la mulut tu janji dapat cabut gigi.
Lepas tu, doktor suruh tunggu kat luar biar ubat bius betul-betul berfungsi. Pergi la cari balik tempat duduk & tunggu no giliran sekali lagi naik. Oh ya, sebelum keluar, nurse suruh sign, tulis nama & no ic kat borang.
Lepas doktor tu rawat 2 pesakit, baru no giliran nad naik semula. Fuh masa ni rasa cuak gila. Nad dalam hati berdoa minta dipermudahkan. Minta gigi tu dapat cabut dengan cepat, mudah & selamat. Nad berdoa juga doktor tu dapat cabut gigi nad dengan cekap, cepat, mudah & selamat. Lepas tu, baca "rabbighfirli warhamni watub a'laiya" (Ya Tuhanku, ampunkan dosaku dan rahmatilah aku, dan terimalah taubatku) dan "laa hawla wa laa quwwata illa billaah" (There is neither might nor any power except with Allah/Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin-Mu).
Doktor kata tulang kuat & tebal. Takut susah nak cabut. Wuaaa, terus cuak bila dengar. Memang dalam terus berdoa gigi dipermudahkan untuk dicabut. Doktor cuba dalam 3-5 kali kot, sampai minta dengan nurse alat yang lagi besar. Dengar je perkataan besar tu memang terus jadi seram. Jangan lah, jangan lah sampai ke tahap tu.
Memang boleh rasa doktor tu berusaha keras bagi tekanan kat gigi tu. Elok je nurse tu datang bawa alat yang doktor minta tadi tu, terus doktor kata jangan buka! Dah bersalin da. Yayy, alhamdulillah gigi berjaya dicabut dengan selamat.
Lepas tu doktor letak gauze kat dalam mulut & suruh gigit. Sila lah gigit dengan kuat ( janganlah terlampau kuat sangat, sedang sedang je). Doktor tu tunjuk lubang kat gigi tu, dalam hati hmm, macam tu rupa cavity. Lain yang ditunjuk, lain yang nad tengok.
Lepas tu, nurse bagi extra gauze & kad bayaran. Bagi kad bayaran tu kat pegawai kaunter tadi & bayar RM 1. Nad kena bayar RM 1.
Selesai sudah.
Jangan ludah! Sila la telan air liur tu.
Nad silap pergi ludah lepas keluar klinik tu. Bila balik rumah & baca kat blog orang lain baru tahu tak boleh ludah.
Jangan berkumur dalam 6 jam.
Jangan makan makanan/minuman panas.
Silalah minum air sejuk atau makan aiskrim. Ia akan mempercepatkan pendarahan berhenti. Nad minum air sejuk je.
Tukar gauze setiap 30 minit. Sila la siap sedia dengan extra gauze dirumah ya.
Kalau esoknya masih berdarah, sila pergi jumpa semula doktor tu. Bawa kad yang pegawai tu bagi tadi. Jangan lupa no bilik rawatan.
Total caj rawatan : RM2
Sakit tak cabut gigi?
Alhamdulillah, tak sebab doktor bagi ubat bius. Jadi jangan takut pergi jumpa doktor gigi.
Next, nad nak pergi untuk buat pemeriksaan gigi pula. Mana la tahu kot kot ada gigi yang kena tampal.
Matlamat nad nak pakai braces. Gigi bahagian bawah & atas kena susun balik alignment tu sebab makanan selalu terselit kat celah celah gigi. Tu yang sampai gigi bongsu ni kena cabut sebab berlubang kat bahagian sisi gigi. Tak perasan makanan selalu terselit kat sisi gigi bongsu tu.
Cabut gigi - BERJAYA
Pemeriksaan gigi - PENDING
Pakai braces - PENDING
Jangan lupa jumpa doktor setiap 6 bulan! Setahun 2 kali je.

Comments
Post a Comment